Wednesday, December 10, 2008
Selamat Hari Raya AidilAdha
Tahniah buat Irul (anak Pak long) dan Abg Ami (anak arwah Pak Uda) kerana selamat melangsungkan perkahwinan. Sori sebab takde gambor korang kawin... sesapa yg nak contribute gambor event tuh, mail je ler kat kita mhafis_atalib.yahoo.com.
tu je...
Saturday, May 31, 2008
Kata putus dari Ucu
Lepas balik keje, Ucu ada berbincang mengenai rumah atok dan tanah. Ucu bagitau yang kawasan rumah telah dibersihkan.
Kata putus dari Ucu adalah ;
- Bahagian dari ruang TV hingga dapur, Ucu dah serah pada Cik Mamah.
- Bahagian dari bilik Ucu hingga ke depan rumah, Ucu dah serah pada Ayah.
- Tanah rumah tu akan di usahakan oleh Cik Mamah untuk bercucuk tanam.
Makanya, keadaan rumah tersebut adalah bergantung kepada Cik Mamah dan Ayah. Terpulang kepada mereka untuk decide.
Menurut kata ayah, dia mungkin akan alih keseluruhan bahagian depan dan akan dipacakkan dihadapan Istana Hinggapnya....hehehehe...
Bermakna, bahagian depan rumah masih lagi akan dikekalkan tetapi bukan ditanah itu. Rumah itu akan berada di atas Bukit Naning. So... apabila selesai mengalihkan bahagian tu.... Ia diharapkan akan dianggap sebagai titik pertemuan sesama saudara dan tempat tinggal. Tak la jauh sangat nak ulang-alik... kan.... Cuma... rancangan itu mungkin kena hold sebab nak kumpul ongkos dulu....
Dari Ucu lagi, jika rumah tu dibiarkan... berkemungkinan besar ia akan mengundang penagih-penagih yang dahagakan kasih sayang dadah. Anyway, apis akur dengan keputusan itu. Apis tak kisah.... janji hubungan kita sesama keluarga tidak putus. Biarlah kita berjauhan tetapi kita masih lagi tahu asal-usul kita, siapa saudara-mara kita dan yang lebih penting, kita sentiasa bersedekahkan amal kepada saudara-mara kita yang telah tiada. Insyaallah.
Saturday, May 17, 2008
Dari Cik Talib
Selepas beberapa hari dari tarikh blog ni terbentuk, sudah mula ramai saudara mara telefon, mail dan bagi komen... bestnye dapat dengor khabar... Hari ni... anak-anak Cik Mamat (Liza,Erni dan boboy) bagi info kat kita.... Alhamdulillah.... rupanya ramai yang take care.... Terima kasih juga kepada mereka-mereka yang hebah-hebahkan....Setakat ni, vote menunjukkan yang majoriti nak kekalkan rumah tu..... Apis, mewakili keluarga Cik Talib (mereka yang bagi idea untuk kumpul sedara mara) sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak Terima kasih kepada semua.
So far, kalau kita nak berkumpul pada musim cuti sekolah akhir bulan 5 ni, memang tak sempat... Alang-alang kita berkumpul, baik kita buat kenduri arwah sekali.... ye tak... and of coz kita donate.... rasanya paling elok kalau kita berkumpul pada akhir Oktober.... 4,5 dan 6 December Apis pegi Labuan.... So... Nanti apis update tarikh.... Hopefully semua boleh join..... Wait-wait eh.....
Wednesday, May 14, 2008
Terima Kasih Semua

Monday, May 12, 2008
Mimpiku
Teringat di suatu malam, selepas setahun arwah atuk siam pergi... aku bermimpi.... mimpi dimana aku baru selesai mandi... lalu aku terlihat atuk duduk di tangga bawah anjung (sama pandangan seperti diatas).... aku bertanya padanya "atuk buat apa tu?"... dia senyap... wajahnya sedih... asyik melontarkan pandangan ke jalan besar?... Dari riak wajahnya tergambar.... begitu sayu... pilu.... lantas aku terjaga dari tidur dengan hati yang begitu sebak.... aku masih lagi tertanya-tanya kenapa atuk sedih?... adakah rohnya tidak tenteram disana?.... Selepas tersedar dari mimpi.... aku telefon ibu.... tak tertahan sedih masa aku telefon ibu.... hingga saat ini aku merindui atuk... dimalam itu juga aku meraung sampai isteri dan bibik pun terjaga.... Ya allah.... kau terimalah dia.... kau berkatilah dia.... tempatkanlah dia disisi hambamu yang solehah.... amin....
Gambar terbaru...




Pandanganku

Lorong rumah ini......
Rumah Usang Dalam Kenangan

